Selasa, 17 November 2009

fAmiLy Day - sUnWaY LaGOOn - 31.10.09 (besarrrrrr punyerrrr)

Kali nie ofis aku buat kat sunway tambah meriah lagi sbb semua cawangan seluruh semenanjung hadir dan bertambah-tambah meriah lagi sbb bersamaan ngan tarikh lahirku.








nak main yg mana dulu nie ?????







lariiiiiiii, selamatkan diri, gunung berapi dah meletuppppp


8.15am, aku 4 branak dah sampai kat pintu masuk, isteriku tak dapat hadir sbb demam. Dari rumah ke sunway tak jauh manapun tapi kena datang awal sbb 8.30 dah kena daftar. Masa nak daftar tu, sempat la gak member-member aku yg dah sampai dulu (kul brapa la, dma nie datang) nyanyi lagu "happy birthday", haa kembang hidung sekejap. "ari nie, aku blanja korang; nak main, nak makan, belasah aje... ofis bayar, heheheheh"


haa, nielah hadiah "Cabutan Bertuah" yang aku dapat tahun nie - besarrrrrr punyerrrrr. Anak aku kata, Ayah ' berat nie, mesti periuk nasi. Member-2 aku suruh bukak kat situ jugak tapi aku cakap 'suprise', nak bawak balik biar isteri aku yang bukak.





buang karen aje crita, tengok la sendiri apa yg aku dapat




Aktiviti wajib habis pada kul 2.30pm iaitu selepas cabutan bertuah. Acara bebas pun bermula, ha apa lagi, anak-anak pun dah tak sabar nak main. Anak aku kata, "ayah, kita orang nak main yang nie, sorang lagi cakap "nie tak best", kita main yang nie la". Main ajela, yang penting jaga keselamatan, kata aku.


nie ajelah gambar yg aku sempat ambil semasa aktiviti bebas, sebabnyer bateri kamera ku kong. wuahaawuahaa

Isnin, 16 November 2009

kaki melangkah tangan mencangkau...


Tajuk ini aku pilih sbb inilah pertama kalinyer aku menulis dalam blog setelah sekian lama aku hanya membaca blog-2 yg aku lawati. Susah jugak nak mengarang (kata hatiku), baca blog memang seronak, terutama ttg perkara yg kita suka tp bab mengarang nie la buat den lomah, mulalah perasaan malas nak menulis 2 datang. Haa, dasat jugak penangan menulis blog nie..

Knapa TimurBarat? ha, sebab nyer kawe berasal dari negeri pantai timur, negeri cik siti wan kembang manakala isteri kawe pulo dari keturunan hang tuah (orang Melaka). Nie kad kawe 'Sahabat KLFM'. No ahlinyer 17137 , maso nie org sibuk jadi sahabat klfm mako kawe pun join gak la.