Selasa, 29 Mac 2011

mainan baru...

Haaa, nie lah mainan baru aku.. Nikon Coolpix L120...mengantikan kamera lama Nikon L10 yg dah kaput. Dikelaskan sebagai semi-pro..dengan zoom bina dalam 21x, 14.1 mp dan 3.0 inch LCD monitor (nmpak jelas walaupun dbwh sinaran mentari). Selain dari itu, ada juga fungsi utk movie beserta VR (vibration reduction). Kamera ni menggunakan bateri bersaiz AA (4x). secara keseluruhannya..kamera ni mudah digunakan dgn satu sentuhan menu dan yg paling best adalah ia ada fungsi utk "smiling faces", dlm erti kata lain, kamera akan shoot dgn sendirinya bila seseorang tu senyum.

Rabu, 23 Mac 2011

?? yg mana satu ??

mana satu pilihan hati ??? kamera lama dah kaput...... Sony Cybershot - DSC W570

Nikon D3100

Nikon Coolpix L120

Broga 2nd chapter - 6 March 2011

Nie kali ke-2 aku ke puncak Broga. Mula2 pg dulu ngan hero aku, skang nie hero aku dah dok asrama. Jadi kali nie aku pegi ngan budak2 ofis aku. Depa nie x pernah jejak kaki lagi kat broga, Cuma pernah dengar crita dan nengok gambar aje. Perancangan dah dibuat seminggu awal, bukan ape, Cuma nak kumpul lebih ramai lagi budak2 utk mencapaikan hasrat menakluki puncak Broga....ceh!, puncak konon..bukan tinggi manapun adalah dlm 400 meter. Sampai hari nak pergi..yg confirm Cuma 2 org termasuk aku 3 ... jadilah.

Perancangan awal adalah berkumpul kat umah aku dlm kul 5.10pagi dan bertolak dlm pukul 5.20pagi, tp bila tiba waktu nya, mamat sorang nie, kul 5.30 x muncul, alih2 5.45pagi baru nmpak batang hidung..katanya. sorry lambat..jalan jem..hehehe.. jem apa kebenda nya ari ahad..so..apalagi..jawabnya..mcm F1 la aku pandu kereta..al maklumlah nak kejar solat subuh seperti yg dirancang..solat subuh kat Pekan Semenyih. Alhamdulillah..kami slamat sampai ngam2 org dah nak mulakan solat subuh..fuhh...laju betul...kalau ada speed trap alamak mmg kena lah.

Selesai aje solat subuh, kami trus menuju ke tempat perhentian iaitu kawasan ladang kelapa sawit..so kalau nak naik puncak broga..kena park kereta kat sinilah..bayaran utk meletak kenderaan adalah RM2.00 ringgit...huh..buat duit betul..bukannya ada lot parking pun..letak antara celah2 pokok kelapa sawit..kalau ari hujan..alamak..berlumpur la..jadi aku dah pesan awal2 kat member2 aku supaya bawak selipar, bukan ape..nnti kotor la kereta kesayangan aku..hehehe (jgn marah).Macam biasa kenderaan sudah banyak yg tiba..satu kali round xde parking, tiba2 ternampak ada satu ruang kosong antara dua kereta diantara celah2 pokok kelapa sawit. Member kata “boleh masuk ke?”.. so..aku pun masuk gear reverse..dan jeng..jeng..jeng..slamat..so skang kereta aku berada diantara dua buah kereta dan didepan dan belakang kereta aku adalah pokok kelapa sawit...ha..terer tak?













Cuaca agak mendung bila kami tiba dipuncak pertama, kalau nak tengok matahari terbit, nie lah tempatnya. Tp apakan daya, matahari tidak ingin menampakkan dirinya. Setelah puas berehat serta menanti kemunculan mentari yg x muncul, perjalanan dteruskan menuju ke puncak yg ke-2, cuaca masih lagi mendung serta gerimis mula menurun..nak teruskan ke? Atau patah balik?..dah sampai nie...rugi kalau x sampai puncak..rungut mmber aku...kita tggu jap, kalau x ok kita turun....alhamdulillah..gerimis telah dibawa pergi oleh angin ketempat lain...maka pendakian pun dteruskan utk menakluki puncak Broga.















Turun dari puncak Broga..perut telah berbunyi mintak di-isi..maklumlah x sarap lagi..jadi destinasinya...Lenggeng...nasi lemak lauk sambal ikan keli...perghhh...aku dah pernah makan kat sini ngan group2 basikal aku...masa tu kami kayuh dari UKM sampai sini, so skang nie aku bawak la member2 ofis nie merasa pulak.
Sekian...penat..letih...tp berbaloi.
Pekan Lenggeng, N.9

Selasa, 22 Mac 2011

"dah bersarang"

Lama sungguh aku tak meng "up-date" kat blog nie. Bukan ape sbb nyer compact camera aku dah jahanam.. so di-sbbkan benda tu lah, maka jadi malas lah aku dlm segala sudut dalam diriku.