Sabtu, 20 November 2010

Tasik Perdana - 20-11-10

Kayuhan dimulakan seawal 8pagi menuju ke destinasi yg tak berapa jauh dari rumah ku - Taman Tasik Perdana. Haa, nie lah dia dnai MTB yg terletak kat tasik perdana. Jarak keseluruhan dalam 4km aje, tp kira mencabar la gak sbb byak akar-akar pokok yg brselirat disepanjang denai nie.

" permulaan denai" pendakian bermula
"naik bukit lagi"
"alur air - boleh la cuci tayar"

kotor??? biasa lee

Isnin, 6 September 2010

sALaM LeBaRan

kayuh basikal keliling kampong
singgah sebentar di warong Lemang
salam AidilFitri aku ucapkan
semoga silaturahim kekal berpanjangan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Khamis, 26 Ogos 2010

Appreciation Dinner

20/8/10 - Sime Darby Convention Centre

Cadang pada mulanyer nak makan tengahari tp dsebabkan bulan posa maka dialihkan ke dinner. Dinner nie khas buat orang2 yg dah bertungkus lumus dalam erti kata lain utk Committee Members yg pegi company trip ari tu. Tempat dia x jauh dari opis aku...5 minit aje kalau ngan keta...Sime Darby Convention Centre. Makanan mmg best..mcm2 ada...sampaikan x tahu nak ambik mana dulu...kira dlm banyak2 meja...meja kami yg paling meriah...wah banyak nyer...boleh abis ka nie...kira penuh la meja....nafsu...nafsu...sabao aje le. Slalu nya aku kalau bab2 makan ala2 buffet nie..nasi cuma ambik ciput aje...lauk penuh pinggan...haa...baru boleh makan mcm2.

Khamis, 19 Ogos 2010

Posa d'kampung

4 Ramadhan (1431 Hijrah)

Minggu pertama posa, aku sekeluarga balik ke kampung belah isteriku, Melaka. Gerak dari KL ari Jumaat lepas solat terawih...kereta bertali arus di PLUS Highway...dan sedikit terhenjut2 sbb ada kemalangan dekat R&R Seremban...sampai di kampung lewat jam 12.20am..dapat la 10% rebat duit tol....mana taknyer...80kmj aje...biar lambat asal selamat.

Pagi sabtu....aku dah bersiap ngan parang dan tukul besi...mcm nak g berperang aje...mmg pun..nak tau knapa?..haaa...sbb nyer..kerbau pendek sudah menceroboh masuk ke laman rumah ku...abis pokok buah yg baru ditanam dikerjakan...mcm mana boleh masuk nie??..sbb keliling rumah dah dipasang ngan pagar...riki2 punya riki rupanya itu kerbau pendek banyak pandai da, dia sudah sungkit itu pagar daa. So, apalagi...mana2 tempat yg aku rasakan dia boleh sungkit..aku kasi pasak ngan kayu..haa...baru padan muka kau.

La nie musim buah mata kucing ngan rambutan kat rumah ku...tp apakan daya nengok aje le...siang posa..mlm pulak...mana boleh masuk dah...tangki kecik..takat nak rasa 2..3 biji boleh la.

Rabu, 11 Ogos 2010

Puasa bukan sekadar.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga segala amalan kita dberkati oleh-NYA

Khamis, 5 Ogos 2010

Island Escapade

Perhentian - Redang (30/7 - 1/8/10)

Aku berkayuh aje dari rumah kepejabat. Senang. Lagipun, beg- awal pagi tadi dah aku bawa. Bas brtolak dalam kul 10pm. 2 buah bas “double decker”, baru..Mahligai Express..membawa kami semua ke Besut melalui Gua Musang. Sampai di besut, dlm kul 6am..brakefast kat Arwana Inn..nasi lemak teluk mata ngan nescafe..sebelum meneruskan perjalanan ke jeti besut. Feri ke perhentian...x jugak..sebenarnya bot..tapi bukan bot biasa..speed bot..boleh memuatkan penumpang seramai 12 org dan hanya mengambil masa selama 40 minit aje utk sampai ke Pulau perhentian..Azab nya jgn cakap lah..kalau org mengandung naik..mau teberanak dlm bot nie. Lepas check-in..lepak jap sementara menunggu utk lunch sbb lepas tu ada ‘telematch”.

Xtvt hari pertama...telematch
1 - bowling kelapa..mcm main bowling..tp nie lagi thrill..tau2 aje lah..bola bowling nya buah kelapa..main atas pasir pulak tu...ha...kalau strike tu mmg terrer la.

2 - lari dlm guni..bunyi mcm kacang aje...tp yg nie kna junjung mangkuk dan dalamnya ada telur...lagu mana tu???

3 - gorila walk...ewah2..gelak kan org nombor satu..ha...cuba buat...sambil bawak belon yg dikepit ngan tangan kiri-kanan...ada lagi...kedian kepit pulak bola dengan kaki..camna tu??? Ha...tergelak besao kau....

4 - belon air...nie pun thrill gak...tangan kena lembut gemalai...silap haribulan..belon pecah...apa dapat??....basah le..

malam hari diteruskan dengan “karaoke contest”..tambah hangat lagi..apabila temanya..”red chili & black”..mcm2 ragam berpakaian boleh dilihat..ala “pelayan” ada...mcm “ibu AxxM pun ada...hehehe...ngata org nampak...opss...sori..maklumlah dah tema-nya camtu..jadi...sapa makan cili...red hot chilli pepper...dari lagu tamil..melayu..omputih..sampai ke goyang inul..semua tangkap layan sampai judge pun naik pening nak bagi markah.

Xtvt hari ke-2....snorkling....snorkling...snorkling and....snorklingggggg
Apa tidak nya....
Dari satu pulau ke satu pulau....
Dari pagi sampai lah ke petang...
Dan....kulit...dari cerah terus jadi gelap...terbakar...hahahaha...lantak la...janji puas

Sebelah malam pulak...sambil BBQ dinner...ada cabutan bertuah...dan diikuti dengan penyampaian hadiah utk pemenang karaoke...best dress....dan telematch.
Group aku kira terrer la gak...apa taknya...utk acara 1,2 dan 3 dapat no. 2...strike wooo...dan acara ke-4 dapat no.1...apa yg penting...kerjasama..janji jgn menang sorak (ops sori...waka-waka)..hep..hep horey...”Lek luuuuu”

3rd day....balik time
balik dengan keceriaan....
bawak balik..mcm2 buah tangan.. ada...utk suami..isteri..anak-anak....dan jugak buah hati..
seribu kenangan yg x mungkin dilupakan....
dan yang pastinya....segala mcm krim pencerah muka akan dibeli...
perhentian....redang...adios...sayonara...semoga ketemu lagiiiiii....

selamat sampai di Kuala Lumpur...4.20am...2hb. Ogos 2010...
uarghhhh...ngantuknya...slamat malam semua....woittttttt.....dah pagi da.....

Jumaat, 23 Julai 2010

HiLanGGG ?????

hilang???..ape???.. skrew...
Adoiya..peningggg..camner leh ilang nie? x prasan lak kat mana jatuh nyer..almaklumlah duduk nya kat kaki..mana nak prasan bila dia tercabut..hehehe


Selasa, 6 Julai 2010

kayuh suka-suka - 040710

Setelah skian lama tak kayuh..dsebabkan mcm2 hal..kenduri kahwinlah..bawak family g cutilah dan mcm2 program yg tak drancang (heheh..alasan). Basikal pun dah naik berabok..penuh ngan sawang..haiya..silap gaya mcm merajuk abis aje..aku ke? Mana ada, hasrat tu ada tp tak kesampaian…sbb…(alasan lagiiii) badan tak mengizinkan..betul..sbb (org tua2 kata..prasan muda la konon) kalau nak buat sesuatu, mesti prepared dan siap sedia (mcm nak g perang la pulak)..baru seronok kayuh, dalam erti kata lain berbaloi-baloi (gaya iklan la pulak) ahh..hentam ajelah.
Kayuhan dimulakan dari rumah, kayuh santai aje..tp mana nak pegi nie? Ahh..g dataran lah..untung2 ada xtvt kat sana..leh lepak hilang penat...Hampeh!!!..tinggal sisa aje..rupanya mlm tadi mereka dah balun dah, mcm2 xtvt ade..sempena worldcup nie..dapat lak nengok live kat skrin besar..HD lagi..trima kasih pada DBKL kerana sponsor..kan bagus kalau sukan basikal pun mereka tayang live kat sini..gerenti gempak punyer.
Dari sini kayuhan diteruskan ke Tasik Perdana..huh..lama dah x jogging kat sini..skang nie, tempat ni sedang renovate..so sdikit messylah..segala mcm jentera ada..semak la pulak..kepala pun dah mcm tak leh nak pikir ????…jadi, pedal dihenjut, kayuhan diteruskan ke jalan Damansara melalui susur Sri Perdana. Kereta dah mula bertali arus, patut la..jam ditangan dah menunjukkan pukul 9.30pagi, xleh jadi nie..kena cepat ambik susur kuar. Bahaya kalau kayuh dlm keadaan mcm nie, depa bukan nya pandai nak perlahankan kenderaan. Acu nak cepat aje pastu siap hon2 lagi..woit..ingat jalan ni kau punya sorang ke. Segala mcm blinker dah aku pasang kat sikal nie..xnampak jugak..sah2 mesti anak luar nikah ( hehe..pinjam ayat P.Ramlee). fuhh..tenang sikit ketika memasuki simpang Sri Perdana..dan seterusnya ke Bangsar. Cukuplah utk ari nie setelah berehat selama 3 bulan, cukup ke? Kalu nak kira mmg x tp jadik lah dari dok bersawang sikal tu.heheh

Selasa, 29 Jun 2010

Pangkor 9-10/6/10

parking berbumbung - Pekan Lumut
Tiket Feri ke Pangkor
Scared Rock
The Ducth Fort
Foo Lin Kong Temple
Banyak nyerrrrrrrrrrrrrrr
Satay Ikan




Batu Penyu
Marina Bay
Ikan Paus dah mendarat
Coral Island
Pangkor Laut Resort

Isnin, 19 April 2010

Broga Hill - 180410

Berbekalkan telur ½ masak serta susu campur madu sebagai pengalas perut, aku dan anak bujangku bertolak ke Broga. Destinasinya adalah Bukit Broga. Kami keluar dari rumah 4.50am melalui lebuhraya NPE dan memasuki Tol Sungai Besi. Perjalanan lancar tapi hujan (dalam hati: kalau hujan berterusan jugak, alamak cansellah jawabnya nak panjat bukit). Ambil exit Kajang dan seterusnya melalui Lebuhraya Silk menuju ke semenyih. Bagi mereka yang biasa melalui jalan lama untuk ke Seremban pasti akan nampak simpang Broga terletak disebelah kiri selepas Pekan Semenyih. Apabila memasuki simpang Broga, anda akan dapat melihat Universiti Nottingham disebelah kiri tapi tempat perhentian (dengan kata lain tempat – parking) adalah bersebelahan Ladang Arnab iaitu lebih kurang 200 meter dari universiti tersebut. Kami sampai lebih kurang pukul 5.45am, walaupun keadaan masih lagi gelap tapi sudah banyak kenderaan yang telah tiba awal. Sedang nak pakai kasut , perut pulak memulas, tak boleh jadi nie, apalagi stering dipulas pedal minyak ditekan menuju ke jalan besar. Stesen minyak Petronas yang terletak dipersimpangan jalan masuk utama merupakan destinasi untuk melepaskan hajat. Aahhhh..legaaaaa. Sampai semula kat tempat parking dalam pukul 6.05am. Cepat2 sarung kasut utk memulakan pendakian. Keadaan masih lagi gelap dalam kawasan ladang kelapa sawit ditambah pulak dengan jalan tanah yang agak licin kerana hari hujan. Berbekalkan lampu suluh perjalanan diteruskan dan pendakian mengambil masa lebih kurang 50minit untuk sampai ke tempat yang paling popular untuk merakamkan gambar samada melihat panorama matahari terbit atau awan yang berarak. Crita banyak pun tak guna, haa, tengoklah sendiri gambar2 yang ada kat bawah tu:-

Ahad, 11 April 2010

GLC - Heavy Mental Ride 090410

Perancangan awalnyer, aku just nak follow dari Pusat Bandar Damansara aje tp rasa xbest la pulak. Maklumlah ni first time follow group nie so akupun mulakan kayuhan dari rumah terus ke Taman Tasik Titiwangsa tempat dema berkumpul utk memulakan kayuhan. Aku tak prepared apa2 pun hanya berbekalkan sebotol air gatorade. Jgn jadi apa2 dah..Memang mencabar meredah arus kesibukan jalanraya terutama waktu malam lebih2 lagi bersaing dengan kenderaan yg bertali arus, menuju ke distinasi masing2. Kenderaan agak banyak bila aku melalui jalan Damansara dan seterusnya bila melalui Lebuhraya Mahameru jalan dah mula sangkut2 (jem la) sampai ke PWTC (slamat naik basikal) sampai di Ttwangsa jam 8.45mlm. awal lagi nie sbb mengikut perancangan kna berkumpul disini jam 9.30mlm.

Jam 9.30mlm barulah muncul member2 yg join ride nie, adalah lebih kurang 14 orang trmasuk aku. Kayuhan dimulakan jam 10mlm menuju destinasi yg telah dirancang iaitu:- Ttwangsa –Jln. Tun Razak – Jln. Kuching – Jln. Duta – Sri Hartamas – Pst. Sains – Pst. Bandar Damansara – Jln. Maarof (Bangsar) – Brickfields – Central Market – Puduraya – Bkt. Bintang – Jln. Tun Razak dan balik TTwangsa.

Aku sempat follow sampai hartamas aje, sbb masa kat traffic light aku dan sorang lagi (Chan) kena tinggal. Member2 lain tak perasan yg aku dan Chan tersangkut masa traffic light merah. So aku dan Chan meneruskan haluan masing2. aku terus ambik Lebuhraya Sprint menuju ke Pusat Bandar Damansara. Aku ingat nak tunggu mereka kat sini tapi memandangkan hari dah lewat mlm dan keesokannya kena antar anak kesekolah, maka aku pun meneruskan kayuhanku ke Jln. Maarof dan trus balik rumah.

Utk mengetahui dgn lebih lanjut beserta dengan gambar2 boleh lawat blog nie:- http://gombaklegcycle.ning.com/
sbb seperti yg aku terangkan pd awal cerita (aku tak bawak apa2 pun).hehehe.


View Larger Map

Sabtu, 3 April 2010

Lama & Baru

Nielah frame baru aku, tapi 2nd hand punya. Frame nie aku beli dari member yg sama2 kayuh iaitu Azli atau lebih dikenali ngan panggilan Azli Langat. Banyak lagi nak kena melabur utk siapkan bike ni, maklumlah hampir semua part dari basikal lama tak boleh nak muat ke frame baru nie. Kalau bolehpun wheelset aje. Sapa la yang sanggup dan bermurah hati nak letgo groupset murah2, hehehehe.



Putrajaya International Hot Air Balloon - 200310

Seawal jam 7 pagi kami dah kluar rumah. Dari rumah ke putrajaya perjalanan hanya mengambil masa dalam ½ jam melalui lebuhraya NPE dan MEX. Kami berhenti di R&R Seri kembangan utk sarapan pagi. sampai di Putrajaya dlam pukul 8.10 pagi. Mak aiii, ramai nyer manusia mcm ulat tahik. Berkhemah kat sini ke ape, dema nie?. Aku suruh wife dan anak2 turun dulu sementara aku mencari parking. Perancangan awalnye nak naik belon, tapi masa beratur utk ambil tiket tu, anakku kata ‘ tak yah la ayah, “belon tu Cuma naik pastu turun balik, kita orang nak dia bawak pusing2”. Memang betulpun, maklumlah orang terlalu ramai nak merasa naik belon panas jadi kena kejar masa, tu la yang kena sekejap aje. Bayaran yang dikenakan 10 ringgit utk dwasa dan 5 ringgit utk kanak-kanak.



Aku lebih teruja nengok paraglide. Utk membawa benda ni, anda perlu ada lesen mcm bawa kereta. Utk mendapatkan lesen, anda perlu menjalani latihan dan ujian, ha.. dah lulus baru dapat lesen yang dikeluarkan oleh DCA.
Kos utk memiliki paraglide ini lebih kurang 30ribu, tapi jgn risau mesin ini hanya menggunakan minyak petrol biasa shaja yang telah dicampur dengan sedikit minyak 2t (serupa ngan injin mesin rumput aku kat kg).

Utk menerbangkan paraglide ini, anda perlu ada bantuan angin kalau xde susah sikit. Kaki mesti kuat badan perlu tegap, berat benda alah nie ada la dlm 25kg (mengikut keterangan tuan punya paraglide).