Berbekalkan telur ½ masak serta susu campur madu sebagai pengalas perut, aku dan anak bujangku bertolak ke Broga. Destinasinya adalah Bukit Broga. Kami keluar dari rumah 4.50am melalui lebuhraya NPE dan memasuki Tol Sungai Besi. Perjalanan lancar tapi hujan (dalam hati: kalau hujan berterusan jugak, alamak cansellah jawabnya nak panjat bukit). Ambil exit Kajang dan seterusnya melalui Lebuhraya Silk menuju ke semenyih. Bagi mereka yang biasa melalui jalan lama untuk ke Seremban pasti akan nampak simpang Broga terletak disebelah kiri selepas Pekan Semenyih. Apabila memasuki simpang Broga, anda akan dapat melihat Universiti Nottingham disebelah kiri tapi tempat perhentian (dengan kata lain tempat – parking) adalah bersebelahan Ladang Arnab iaitu lebih kurang 200 meter dari universiti tersebut. Kami sampai lebih kurang pukul 5.45am, walaupun keadaan masih lagi gelap tapi sudah banyak kenderaan yang telah tiba awal. Sedang nak pakai kasut , perut pulak memulas, tak boleh jadi nie, apalagi stering dipulas pedal minyak ditekan menuju ke jalan besar. Stesen minyak Petronas yang terletak dipersimpangan jalan masuk utama merupakan destinasi untuk melepaskan hajat. Aahhhh..legaaaaa. Sampai semula kat tempat parking dalam pukul 6.05am. Cepat2 sarung kasut utk memulakan pendakian. Keadaan masih lagi gelap dalam kawasan ladang kelapa sawit ditambah pulak dengan jalan tanah yang agak licin kerana hari hujan. Berbekalkan lampu suluh perjalanan diteruskan dan pendakian mengambil masa lebih kurang 50minit untuk sampai ke tempat yang paling popular untuk merakamkan gambar samada melihat panorama matahari terbit atau awan yang berarak. Crita banyak pun tak guna, haa, tengoklah sendiri gambar2 yang ada kat bawah tu:-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan