Isnin, 19 April 2010

Broga Hill - 180410

Berbekalkan telur ½ masak serta susu campur madu sebagai pengalas perut, aku dan anak bujangku bertolak ke Broga. Destinasinya adalah Bukit Broga. Kami keluar dari rumah 4.50am melalui lebuhraya NPE dan memasuki Tol Sungai Besi. Perjalanan lancar tapi hujan (dalam hati: kalau hujan berterusan jugak, alamak cansellah jawabnya nak panjat bukit). Ambil exit Kajang dan seterusnya melalui Lebuhraya Silk menuju ke semenyih. Bagi mereka yang biasa melalui jalan lama untuk ke Seremban pasti akan nampak simpang Broga terletak disebelah kiri selepas Pekan Semenyih. Apabila memasuki simpang Broga, anda akan dapat melihat Universiti Nottingham disebelah kiri tapi tempat perhentian (dengan kata lain tempat – parking) adalah bersebelahan Ladang Arnab iaitu lebih kurang 200 meter dari universiti tersebut. Kami sampai lebih kurang pukul 5.45am, walaupun keadaan masih lagi gelap tapi sudah banyak kenderaan yang telah tiba awal. Sedang nak pakai kasut , perut pulak memulas, tak boleh jadi nie, apalagi stering dipulas pedal minyak ditekan menuju ke jalan besar. Stesen minyak Petronas yang terletak dipersimpangan jalan masuk utama merupakan destinasi untuk melepaskan hajat. Aahhhh..legaaaaa. Sampai semula kat tempat parking dalam pukul 6.05am. Cepat2 sarung kasut utk memulakan pendakian. Keadaan masih lagi gelap dalam kawasan ladang kelapa sawit ditambah pulak dengan jalan tanah yang agak licin kerana hari hujan. Berbekalkan lampu suluh perjalanan diteruskan dan pendakian mengambil masa lebih kurang 50minit untuk sampai ke tempat yang paling popular untuk merakamkan gambar samada melihat panorama matahari terbit atau awan yang berarak. Crita banyak pun tak guna, haa, tengoklah sendiri gambar2 yang ada kat bawah tu:-

Ahad, 11 April 2010

GLC - Heavy Mental Ride 090410

Perancangan awalnyer, aku just nak follow dari Pusat Bandar Damansara aje tp rasa xbest la pulak. Maklumlah ni first time follow group nie so akupun mulakan kayuhan dari rumah terus ke Taman Tasik Titiwangsa tempat dema berkumpul utk memulakan kayuhan. Aku tak prepared apa2 pun hanya berbekalkan sebotol air gatorade. Jgn jadi apa2 dah..Memang mencabar meredah arus kesibukan jalanraya terutama waktu malam lebih2 lagi bersaing dengan kenderaan yg bertali arus, menuju ke distinasi masing2. Kenderaan agak banyak bila aku melalui jalan Damansara dan seterusnya bila melalui Lebuhraya Mahameru jalan dah mula sangkut2 (jem la) sampai ke PWTC (slamat naik basikal) sampai di Ttwangsa jam 8.45mlm. awal lagi nie sbb mengikut perancangan kna berkumpul disini jam 9.30mlm.

Jam 9.30mlm barulah muncul member2 yg join ride nie, adalah lebih kurang 14 orang trmasuk aku. Kayuhan dimulakan jam 10mlm menuju destinasi yg telah dirancang iaitu:- Ttwangsa –Jln. Tun Razak – Jln. Kuching – Jln. Duta – Sri Hartamas – Pst. Sains – Pst. Bandar Damansara – Jln. Maarof (Bangsar) – Brickfields – Central Market – Puduraya – Bkt. Bintang – Jln. Tun Razak dan balik TTwangsa.

Aku sempat follow sampai hartamas aje, sbb masa kat traffic light aku dan sorang lagi (Chan) kena tinggal. Member2 lain tak perasan yg aku dan Chan tersangkut masa traffic light merah. So aku dan Chan meneruskan haluan masing2. aku terus ambik Lebuhraya Sprint menuju ke Pusat Bandar Damansara. Aku ingat nak tunggu mereka kat sini tapi memandangkan hari dah lewat mlm dan keesokannya kena antar anak kesekolah, maka aku pun meneruskan kayuhanku ke Jln. Maarof dan trus balik rumah.

Utk mengetahui dgn lebih lanjut beserta dengan gambar2 boleh lawat blog nie:- http://gombaklegcycle.ning.com/
sbb seperti yg aku terangkan pd awal cerita (aku tak bawak apa2 pun).hehehe.


View Larger Map

Sabtu, 3 April 2010

Lama & Baru

Nielah frame baru aku, tapi 2nd hand punya. Frame nie aku beli dari member yg sama2 kayuh iaitu Azli atau lebih dikenali ngan panggilan Azli Langat. Banyak lagi nak kena melabur utk siapkan bike ni, maklumlah hampir semua part dari basikal lama tak boleh nak muat ke frame baru nie. Kalau bolehpun wheelset aje. Sapa la yang sanggup dan bermurah hati nak letgo groupset murah2, hehehehe.



Putrajaya International Hot Air Balloon - 200310

Seawal jam 7 pagi kami dah kluar rumah. Dari rumah ke putrajaya perjalanan hanya mengambil masa dalam ½ jam melalui lebuhraya NPE dan MEX. Kami berhenti di R&R Seri kembangan utk sarapan pagi. sampai di Putrajaya dlam pukul 8.10 pagi. Mak aiii, ramai nyer manusia mcm ulat tahik. Berkhemah kat sini ke ape, dema nie?. Aku suruh wife dan anak2 turun dulu sementara aku mencari parking. Perancangan awalnye nak naik belon, tapi masa beratur utk ambil tiket tu, anakku kata ‘ tak yah la ayah, “belon tu Cuma naik pastu turun balik, kita orang nak dia bawak pusing2”. Memang betulpun, maklumlah orang terlalu ramai nak merasa naik belon panas jadi kena kejar masa, tu la yang kena sekejap aje. Bayaran yang dikenakan 10 ringgit utk dwasa dan 5 ringgit utk kanak-kanak.



Aku lebih teruja nengok paraglide. Utk membawa benda ni, anda perlu ada lesen mcm bawa kereta. Utk mendapatkan lesen, anda perlu menjalani latihan dan ujian, ha.. dah lulus baru dapat lesen yang dikeluarkan oleh DCA.
Kos utk memiliki paraglide ini lebih kurang 30ribu, tapi jgn risau mesin ini hanya menggunakan minyak petrol biasa shaja yang telah dicampur dengan sedikit minyak 2t (serupa ngan injin mesin rumput aku kat kg).

Utk menerbangkan paraglide ini, anda perlu ada bantuan angin kalau xde susah sikit. Kaki mesti kuat badan perlu tegap, berat benda alah nie ada la dlm 25kg (mengikut keterangan tuan punya paraglide).