Ahad, 11 April 2010

GLC - Heavy Mental Ride 090410

Perancangan awalnyer, aku just nak follow dari Pusat Bandar Damansara aje tp rasa xbest la pulak. Maklumlah ni first time follow group nie so akupun mulakan kayuhan dari rumah terus ke Taman Tasik Titiwangsa tempat dema berkumpul utk memulakan kayuhan. Aku tak prepared apa2 pun hanya berbekalkan sebotol air gatorade. Jgn jadi apa2 dah..Memang mencabar meredah arus kesibukan jalanraya terutama waktu malam lebih2 lagi bersaing dengan kenderaan yg bertali arus, menuju ke distinasi masing2. Kenderaan agak banyak bila aku melalui jalan Damansara dan seterusnya bila melalui Lebuhraya Mahameru jalan dah mula sangkut2 (jem la) sampai ke PWTC (slamat naik basikal) sampai di Ttwangsa jam 8.45mlm. awal lagi nie sbb mengikut perancangan kna berkumpul disini jam 9.30mlm.

Jam 9.30mlm barulah muncul member2 yg join ride nie, adalah lebih kurang 14 orang trmasuk aku. Kayuhan dimulakan jam 10mlm menuju destinasi yg telah dirancang iaitu:- Ttwangsa –Jln. Tun Razak – Jln. Kuching – Jln. Duta – Sri Hartamas – Pst. Sains – Pst. Bandar Damansara – Jln. Maarof (Bangsar) – Brickfields – Central Market – Puduraya – Bkt. Bintang – Jln. Tun Razak dan balik TTwangsa.

Aku sempat follow sampai hartamas aje, sbb masa kat traffic light aku dan sorang lagi (Chan) kena tinggal. Member2 lain tak perasan yg aku dan Chan tersangkut masa traffic light merah. So aku dan Chan meneruskan haluan masing2. aku terus ambik Lebuhraya Sprint menuju ke Pusat Bandar Damansara. Aku ingat nak tunggu mereka kat sini tapi memandangkan hari dah lewat mlm dan keesokannya kena antar anak kesekolah, maka aku pun meneruskan kayuhanku ke Jln. Maarof dan trus balik rumah.

Utk mengetahui dgn lebih lanjut beserta dengan gambar2 boleh lawat blog nie:- http://gombaklegcycle.ning.com/
sbb seperti yg aku terangkan pd awal cerita (aku tak bawak apa2 pun).hehehe.


View Larger Map

Tiada ulasan:

Catat Ulasan