Lama rasanye aku x kayuh. Biasa le, mcm-2 perkara yg perlu diutamakan dan bagi aku hanya hari minggu aje yg free. Sebelum berkayuh, mesti check basikal dulu dan yang paling penting mesti bawak tiub spare. Selalunya sehari sebelum kayuh, aku dah get ready dah, tapi memandangkan dah lama tak berkayuh, rasanya baik kayuh dekat-2 aje. Basikal MTB menjadi pilihan dan destinasi-nya adalah Menara Kuala Lumpur. Pukul 7 pagi, aku keluar rumah tanpa sarapan pagi, bukan apa, malas nak b’fast sbb nak kayuh utk suka2 aje utk panaskan badan. Dari jalan Bangsar, aku melalui Muzium dan terus ke Dataran Merdeka. Jalan clear aje sbb hari minggu la katakan. Jalan kat Dataran tutup kerana ada kerja2 membaik-pulih Bangunan Sultan Abdul Samad. Ha, nie yg untungnya bila berbasikal, tiada masalah langsung. Dari Dataran, aku belok kanan melalui jalan Tun Perak dan melepasi Stesen LRT Masjid Jamek. Banyaknye manusia, mana gamaknye mereka nak pegi pagi2 minggu nie?. Perjalanan diteruskan ke Jalan Raja Chulan langsung terus ke Menara KL. Pendakian pun bermula sbb jalan ke menara agak menaik sedikit. Sampai dipuncak, aku rehat sebentar, ambik gambar ala kadar dan terus gerak balik melalui jalan yg aku lalui tadi utk ke Dataran. Berhenti kejap kat dataran, sambil nengok orang sedang bekerja, datang satu rodiee dengan Willier. Apalagi sesi bertegur sapa pun bermula. Bakri namanye, dari Segambut. Crita punya crita, borak punya borak tak sedar jam dah pukul 9 lebih. B’fast tak lagi nie. Aku pelawa Bakri utk b’fast tp dia xnak, katanya dah lambat nie. Tangan dihulur salam perpisahan. Dari dataran kami gerak sama2 melalui jalan ke Parlimen, Bakri terus ke jalan Duta dan aku pula masuk Lebuh Mahameru utk ke Bangsar. Laluan siar kaki dijadikan laluan utk melawan arus sambil melayani bongol2 dan merasai kelembutan penyerap hentak bekerja.
View Larger Map