Jumaat, 23 Julai 2010

HiLanGGG ?????

hilang???..ape???.. skrew...
Adoiya..peningggg..camner leh ilang nie? x prasan lak kat mana jatuh nyer..almaklumlah duduk nya kat kaki..mana nak prasan bila dia tercabut..hehehe


Selasa, 6 Julai 2010

kayuh suka-suka - 040710

Setelah skian lama tak kayuh..dsebabkan mcm2 hal..kenduri kahwinlah..bawak family g cutilah dan mcm2 program yg tak drancang (heheh..alasan). Basikal pun dah naik berabok..penuh ngan sawang..haiya..silap gaya mcm merajuk abis aje..aku ke? Mana ada, hasrat tu ada tp tak kesampaian…sbb…(alasan lagiiii) badan tak mengizinkan..betul..sbb (org tua2 kata..prasan muda la konon) kalau nak buat sesuatu, mesti prepared dan siap sedia (mcm nak g perang la pulak)..baru seronok kayuh, dalam erti kata lain berbaloi-baloi (gaya iklan la pulak) ahh..hentam ajelah.
Kayuhan dimulakan dari rumah, kayuh santai aje..tp mana nak pegi nie? Ahh..g dataran lah..untung2 ada xtvt kat sana..leh lepak hilang penat...Hampeh!!!..tinggal sisa aje..rupanya mlm tadi mereka dah balun dah, mcm2 xtvt ade..sempena worldcup nie..dapat lak nengok live kat skrin besar..HD lagi..trima kasih pada DBKL kerana sponsor..kan bagus kalau sukan basikal pun mereka tayang live kat sini..gerenti gempak punyer.
Dari sini kayuhan diteruskan ke Tasik Perdana..huh..lama dah x jogging kat sini..skang nie, tempat ni sedang renovate..so sdikit messylah..segala mcm jentera ada..semak la pulak..kepala pun dah mcm tak leh nak pikir ????…jadi, pedal dihenjut, kayuhan diteruskan ke jalan Damansara melalui susur Sri Perdana. Kereta dah mula bertali arus, patut la..jam ditangan dah menunjukkan pukul 9.30pagi, xleh jadi nie..kena cepat ambik susur kuar. Bahaya kalau kayuh dlm keadaan mcm nie, depa bukan nya pandai nak perlahankan kenderaan. Acu nak cepat aje pastu siap hon2 lagi..woit..ingat jalan ni kau punya sorang ke. Segala mcm blinker dah aku pasang kat sikal nie..xnampak jugak..sah2 mesti anak luar nikah ( hehe..pinjam ayat P.Ramlee). fuhh..tenang sikit ketika memasuki simpang Sri Perdana..dan seterusnya ke Bangsar. Cukuplah utk ari nie setelah berehat selama 3 bulan, cukup ke? Kalu nak kira mmg x tp jadik lah dari dok bersawang sikal tu.heheh