Jumaat, 29 Januari 2010

Kota Metropolitan - 24.01.10

Lama rasanye aku x kayuh. Biasa le, mcm-2 perkara yg perlu diutamakan dan bagi aku hanya hari minggu aje yg free. Sebelum berkayuh, mesti check basikal dulu dan yang paling penting mesti bawak tiub spare. Selalunya sehari sebelum kayuh, aku dah get ready dah, tapi memandangkan dah lama tak berkayuh, rasanya baik kayuh dekat-2 aje. Basikal MTB menjadi pilihan dan destinasi-nya adalah Menara Kuala Lumpur. Pukul 7 pagi, aku keluar rumah tanpa sarapan pagi, bukan apa, malas nak b’fast sbb nak kayuh utk suka2 aje utk panaskan badan. Dari jalan Bangsar, aku melalui Muzium dan terus ke Dataran Merdeka. Jalan clear aje sbb hari minggu la katakan. Jalan kat Dataran tutup kerana ada kerja2 membaik-pulih Bangunan Sultan Abdul Samad. Ha, nie yg untungnya bila berbasikal, tiada masalah langsung. Dari Dataran, aku belok kanan melalui jalan Tun Perak dan melepasi Stesen LRT Masjid Jamek. Banyaknye manusia, mana gamaknye mereka nak pegi pagi2 minggu nie?. Perjalanan diteruskan ke Jalan Raja Chulan langsung terus ke Menara KL. Pendakian pun bermula sbb jalan ke menara agak menaik sedikit. Sampai dipuncak, aku rehat sebentar, ambik gambar ala kadar dan terus gerak balik melalui jalan yg aku lalui tadi utk ke Dataran. Berhenti kejap kat dataran, sambil nengok orang sedang bekerja, datang satu rodiee dengan Willier. Apalagi sesi bertegur sapa pun bermula. Bakri namanye, dari Segambut. Crita punya crita, borak punya borak tak sedar jam dah pukul 9 lebih. B’fast tak lagi nie. Aku pelawa Bakri utk b’fast tp dia xnak, katanya dah lambat nie. Tangan dihulur salam perpisahan. Dari dataran kami gerak sama2 melalui jalan ke Parlimen, Bakri terus ke jalan Duta dan aku pula masuk Lebuh Mahameru utk ke Bangsar. Laluan siar kaki dijadikan laluan utk melawan arus sambil melayani bongol2 dan merasai kelembutan penyerap hentak bekerja.


View Larger Map

Isnin, 28 Disember 2009

3H2M - Fraser 201209

Cuti2 Malaysia kali ini, kami sekeluarga dan sedara-mara sebelah isteriku ikut sekali ke Fraser. Aku gerak dari Melaka sbb anak2 ku berada di kg isteriku sempena cuti sekolah. Lepas solat subuh, aku siap-siap packed barang dalam kereta. Penuh la jugak, 3rd row seat tu aku lipat utk letak barang2, maklumlah 3hari beb. Kul 8.00am aku dah mula gerak sbb aku target sampai kat Gap ngam-ngam waktu naik ke Fraser. Jalan naik ke sini dari Gap laluan sehala aje sbb jln sempit, jadi waktu ganjil utk naik manakala turun pula genap tapi lepas kul 8.00pm rasa nyer jalan dibuka utk laluan 2 hala, haa ni kena pandai, cekap memerhati takut kalau-kalau ada kereta dari arah hadapan. Dari tol Alor Gajah, aku melalui Plus Highway terus ke Sg.Besi kemudian melalui jalan Istana terus ke Jalan Duta dan masuk balik Plus Highway utk ke Utara. Dalam perjalanan, Along beritahu yang dia akan tunggu kita orang kat Kuala Kubu. Oleh kerana nak mengelakkan kesesakan, aku exit kat Bukit Beruntung sbb jalan nie tak banyak sangat kereta. Dari Bkt. Beruntung, aku terus ke Kuala Kubu dan alhamdulillah jalan lancar. Sampai aje kat Kuala Kubu, Along dan Kak Long dah sedia menunggu ketibaanku , apalagi aku terus bunyikan hon sambil tunjukkan isyarat teruskan perjalanan. Aku tak nak berhenti sbb nak kejar masa. Perjalanan ke Gap selepas “Dam” jalan dah mula bengkang bengkok. Aku terpaksa berhenti 2 kali sbb anakku muntah tapi alhamdulillah sampai jugak kami kat Gap 11.30am, jadi apalagi terus naik le. Dalam perjalanan naik terserempak le dgn budak-2 pengakap, ramai woo, kalau di sumbat dalam bas rasanya penuh 2 buah bas sedang berjalan kaki mendaki utk naik ke atas. Kesian jugak, maklumlah masa kami naik, hujan turun tak henti-henti. Di pertengahan jalan 2 orang pengayuh tegar menaiki MTB berkayuh dlm hujan mengerah keringat pun sama-sama utk ke Fraser (tabik spring bro). Akupun pada mulanya bercadang utk berkayuh dari Gap sampai ke atas tapi memandangkan barang yg aku bawak banyak sangat termasuk barang-2 utk memasak jadi terpaksalah aku tinggalkan basikalku.

depan skali tu along, Myvi tu Ude dan yg bawak satria tu Ain











Glen Bungalow (nie lah tempat kami menginap)





Hari ke-2, pagi-pagi lagi kami dah sedia utk berjogging tapi biasa le banyak jalan dari berlari almaklumlah ada aje gambar yang nak dirakam sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan tiba-tiba hujan turun, nasib baik ada pondok utk berteduh. Tunggu punya tunggu, hujan tak nak berhenti jadi terpaksa panggil "rescue rangers". Along datang tapi kereta dia tak boleh muat ramai terpaksa tinggalkan aku ber-3 orang utk trip ke2, aku cakap tak payah lah sbb kami nak teruskan jugak perjalanan bila hujan berhenti. 10 minit menunggu, takde tanda pun nak berhenti hujan nie, tapi tak selebat tadi, renyai-renyai aje, jadi kami pun apalagi angkat kaki gerak. Sampai pusat bandar, kami survey apa yang patut kemudian terus gerak balik ke bungalow.



















Tengahari pula kami ke “Paddock”. Kat sini ada xtvt menuggang kuda, RM 3 ringgit (kanak-2) dikenakan utk satu pusingan. Seronok sakan le budak-2 dapat naik kuda, manakala memanah pula RM 8 ringgit utk 10 anak panah tapi kalau kena bulatan yg kecil sekali tu, orang kata “bull eye” dapat percuma 10 anak panah lagi. Teruja jugak aku nak cuba, konon nyer ala-ala Kevin Costner dalam film Robin Hood tapi dari 5 busur (kongsi ngan anak buah) 4 aje yg kena, tapi takde le kena yg tengah tu(hehehehe).





















Sebelah malam pula, kami teruskan dgn xtvt barbecue. Haa, macam-2 ada, ayam madu, ayam berempah, kentang bakar, daging dan tidak ketinggalan ikan terubok manakala utk budak-budak ada burger daging, sosej dan kentang goreng. Tambah boroi la perut aku, dalam hatiku berkata, “ tak boleh jadi nie, esok mesti kena jogging”.













camner boleh ada tangan nie.????, sapa la punya keroje...

















sabar weiii, tak masak lagi tu...

Hari ke-3, pagi lagi, aku dah bersiap utk berjogging. Kali ni aku sorang aje, yang lain, entah. Tak nampak batang hidungpun. Lagi best sorang sbb boleh maintain speed, maklumlah semalam dah byak sangat makan. Cuaca memang best, berkabus dan sejuk, aku rasa sbb nielah ramai yang lebih suka tarik selimut tidur. Kenapa? Sbb, masa aku jogging, aku hanya jumpa ngan 2 orang aje yang sama-sama jogging.

Rabu, 9 Disember 2009

A-Famosa Water World - 29.11.09

Cuti sekolah datang lagi. Horeyyyyyyy, bagi anak-2 inilah saat utk mereka bergembira setelah bergelumang dengan pelajaran. Dapat "durian runtuh" pulak tu (tiket free) ke A-Famosa, jadi apalagi, seronok le budak-2 dapat main air (termasuk le aku).


Jangan takut-2, senyum, peaceeeee ha camnilah...
xtvt meluncur pun bermula, masing-masing dgn gaya yg tersendiri. Macam-2 aksi ade....


























haiiiiiiiiiiii


Khamis, 3 Disember 2009

exFLORAsi

Tanpa ku sedari, halamanku penuh dengan bunga-bungaan yang sungguh indah ciptaan Allah S.W.T. Berbudi pada tanah, inilah hasilnya.











Bunga raya cili


nie pula "terung tetek"





Bunga Kantan









macam-macam ada, pelbagai warna













nie pula " Bunga Lily"

ha tengok nie, cili warna purple