Ahad, 28 Februari 2010
Khamis, 18 Februari 2010
CNY d'Kelantan
Cuti Tahun Baru Cina kali ini, aku dan wife dah bersetuju utk balik ke kampung ku. Peracangan dah dibuat 2minggu sebelum cuti dan utk kali ini kami bercadang utk menggunakan perkhidmatan awam shj iaitu keretapi – lagipun free. cadangnya nak balik hari jumaat aje tp semua tempat dah fully book so terpaksalah balik hari khamis. Lepas aje kerja hari Khamis tu, aku terus ke tempat kerja wifeku utk park kereta kat situ. Bekejarlah jugak maklumlah tren kul 8.20pm. 6.00pm aku sampai kat ofis wife, dapat panggilan dari wife kata mereka dah siap dah tunggu aku aje, so aku suruh mereka gerak dulu naik lrt dan jumpa kat KL Sentral. Fuhh, semput jugak berlari dlm nak mengejar masa. 6.20pm aku sampai rumah, mandi-2 dan trus siap. Jam 7.30pm aku sampai kat Kl Sentral dan sementara menunggu sempat jugaklah aku menjengah kedai buku yg ada kat situ. Sambil dok menunggu tu, terdengar pengumuman mengatakan bahawa koc yg aku akan naik rosak dan digantikan dgn koc tempat duduk. Nie yg leceh nie, mana boleh tahan kalau duduk aje sepanjang perjalanan walaupun Kelas 1, kalau dekat-2 tu boleh la , nie 14jam woo nak sampai ke Kelantan. Makan malam tu, wifeku sediakan spageti, katanya senang sikit. Berselera sungguh kami 5 beranak makan, terutama aku, sbbnyer tengahari tu aku tak makan. Hehehe. Perjalanan terasa amatlah panjang ditambah dengan kedinginan “aircond”, sampai menyucuk tulang, ha: apa lagi kain pelikat jadi sasaran utk memanaskan badan. Tren sampai di Wakaf Bharu jam 10.00am, hari Jumaat. Orang tuaku dah siap menunggu dengan adikku dan suaminya. Perjalanan dari stesen ke rumah taklama hanya setengah jam aje. Xtvt xde hari nie sbb lepas solat jumaat aje, aku bercadang nak berehat nak lepaskan penat dan hilangkan pening (mabuk keretapi)..hehehehe. dasyat jugak penangan naik keretapi nie.
Koc Kelas 1
Lihatlah, happy sungguh anak bujangku
13.2.10 (Sabtu)
Pagi nie aku, ayahku dan anak bujangku, kami ke Pasar Siti Khadijah beli keperluan utk wat kenduri arwah. Dari rumah ke pasar hanya mengambil masa 15 minit aje .senarai barang yg nak dibeli dah ada jadi senang la sikit. Selesai aje membeli barang2 keperluan, kami terus balik kerana kendurinya nak buat malam nie lepas solat isyak. Tugas memasak diserahkan 100% kepada wifeku, lagipun bukannya ramai pun cuma jemaah surau aje.
Menunya adalah Kari Daging, ayam goreng, ikan kering, sambal belacan ngan acar dan buah tembikai. kat kelantan nie org panggil tembikai tu timun dan mereka sulami sambil makan nasi, Cuma kalau kat luar org buat sebagai pencuci mulut.
14.2.10 (Ahad)
Pagi sampai le tengahari, aku duduk kat umah aje, malas nak g jalan2 sbb cuaca panas skali, tapi lepas solat zohor wifeku ajak g Pantai Timur, katanya nak cari barang sikit utk buat bekal bila nak balik nanti (esok). Aku ajak org tua ku skali tapi emakku xnak’ kata nya malas nak jalan’ jadi ayahku aje yang ikut. Anak-2 xikut sbb adikku dan suaminya dan angkut mereka dulu g jalan-2 pekan Kota Bharu. Aku bawak g Pantai Timur kat Pengkalan Chepa aje sbb dekat ngan rumah, lagipun malas nak masuk pekan nak2 time cuti nie, maklumlah jalan selalu jem.
15.2.10 (isnin)
Tren dijangka bertolak dari Wakaf Bharu dalam kul 6.20pm. Masih panjang lagi masa. Masih sempat lagi nie kalau nak beli buah tangan. Akupun pelawa emak dan adik utk keluar cari keropok. Aku beli sikit aje sbb kalau bawak kereta aku tak kisah, sumbat ajelah tapi bila naik keretapi nie, sendiri mau ingatlah. Wife aku nak beli conferter pun aku xbagi (sorry Sayang), kalau bawak kereta, bukan setakat 1, 3pun abg xkisah, belilah.
Koc Kelas 1 (Kabin)

Rabu, 17 Februari 2010
Isnin, 1 Februari 2010
Pusing Kampung - 31.01.10
Selesai sahaja solat subuh, aku dah ready utk kayuh. Persiapan ala kadar aje, aku cuma bawa tiub spare takut kalau2 bocor. Tanpa sarapan pagi dan juga bekalan minuman, aku memulakan perjalanan seawal 6.50pagi menuju destinasi yg telah dirancang sejak semalam. Laluan lancar, maklumlah pagi lagi, hari minggu pulak tu. Suasana sungguh berbeza dgn bandar, bayu pagi menyucuk hingga ketulang. Dipersimpangan lampu isyarat, aku belok ke kanan memasuki Lebuh AMJ dan belok kanan lagi menuju ke Pekan Alor Gajah. Singgah sebentar di 7-11, utk beli top-up dan air. Selesai tambah top-up, aku call wife ku, inform semuanya ok dan akan meneruskan perjalanan. ke Masjid Tanah. Kayuhan dari pekan Alor Gajah masih lagi lancar tapi kereta sudah mula bertali arus. Aku meneruskan kayuhan ku dengan kelajuan 20-25kmj. Selepas melewati Uitm Lendu, aku tidak bercadang utk meneruskan perjalanan ke Masjid Tanah tapi sebaliknya mengambil simpang kanan ke Lendu melalui jalan kampung. Jalan nie sunyi sikit, jadi aku terpaksa melajukan kayuhan ku terutama bila tiba di selekoh yg terdapat kuil dan pepohon yang merendang dikiri kanan jalan. Meremang jugaklah bulu romaku, tapi aku teruskan jugak kayuhan ku dan aku tengok spedometer aku dah cecah 30kmj. Ha, moral of the story, jgn kayuh sorang2 terutama kalau melalui jalan yang sunyi. Sedikit pendakian utk sampai ke Kolej Risda tapi kembali menurun hingga sampai ke rumahku, xpayah kayuh langsung, stanby break aje, zoom terus masuk rumah. Sampai dirumah, sarapan pagi “nasi lemak” sudah sedia menanti, siap bungkus ngan daun pisang lagi.. pergh.. sedappppp. Jarak kayuhan 20km aje...
View Larger Map
Langgan:
Catatan (Atom)