Isnin, 1 Februari 2010

Pusing Kampung - 31.01.10

Selesai sahaja solat subuh, aku dah ready utk kayuh. Persiapan ala kadar aje, aku cuma bawa tiub spare takut kalau2 bocor. Tanpa sarapan pagi dan juga bekalan minuman, aku memulakan perjalanan seawal 6.50pagi menuju destinasi yg telah dirancang sejak semalam. Laluan lancar, maklumlah pagi lagi, hari minggu pulak tu. Suasana sungguh berbeza dgn bandar, bayu pagi menyucuk hingga ketulang. Dipersimpangan lampu isyarat, aku belok ke kanan memasuki Lebuh AMJ dan belok kanan lagi menuju ke Pekan Alor Gajah. Singgah sebentar di 7-11, utk beli top-up dan air. Selesai tambah top-up, aku call wife ku, inform semuanya ok dan akan meneruskan perjalanan. ke Masjid Tanah. Kayuhan dari pekan Alor Gajah masih lagi lancar tapi kereta sudah mula bertali arus. Aku meneruskan kayuhan ku dengan kelajuan 20-25kmj. Selepas melewati Uitm Lendu, aku tidak bercadang utk meneruskan perjalanan ke Masjid Tanah tapi sebaliknya mengambil simpang kanan ke Lendu melalui jalan kampung. Jalan nie sunyi sikit, jadi aku terpaksa melajukan kayuhan ku terutama bila tiba di selekoh yg terdapat kuil dan pepohon yang merendang dikiri kanan jalan. Meremang jugaklah bulu romaku, tapi aku teruskan jugak kayuhan ku dan aku tengok spedometer aku dah cecah 30kmj. Ha, moral of the story, jgn kayuh sorang2 terutama kalau melalui jalan yang sunyi. Sedikit pendakian utk sampai ke Kolej Risda tapi kembali menurun hingga sampai ke rumahku, xpayah kayuh langsung, stanby break aje, zoom terus masuk rumah. Sampai dirumah, sarapan pagi “nasi lemak” sudah sedia menanti, siap bungkus ngan daun pisang lagi.. pergh.. sedappppp. Jarak kayuhan 20km aje...




View Larger Map

Tiada ulasan:

Catat Ulasan