Jumaat ~ 16.11.12 (Dinner Day 2)
Penat.. letih dan mcm2 lagi dgn xtvt telematch di siang hari, acara Family Day utk tahun 2012 ini diteruskan lagi dimalam hari nyer.. jamuan makan malam dgn tema 1 Malaysia. Mula2 tu pening jugak kami dok mikir baju apa yg sesuai...tp aku senang aje..apalagi baju Batik la..paling senang, mudah dan ringkas je.. walaupun sebenar nyer ada pemilihan pada mlm tu utk pakaian yg tercantik dan sesuai dgn tema dia..aku bukan nya ape..kata kanlah, pakai baju melayu..so, sudah semestinyer lah x lengkap kalau tiada samping dan jugak songkok and then mesti lah digayakan dgn kasut kasual atau capal baru ada umphhh!!!. Haa, nnti mcm ceriter P.Ramlee la pulak.."Yah !!, butang baju melayu aku mane Yah !!..hehehe.
Program utk malam ini diadakan dikawasan padang sbb tu di pasang nyer khemah.. almaklumlah cuaca x menentu sekarang nie.. dan lagi.. sbb ada nyer karaoke..jadi kena la buat jauh sikit supaya tak menggangu penghuni2 lain yg nak tidur kan ?? So, malam nie kira private dinner lah sbb hanya kaum kerabat serta keluarga Unitab Medic sahaja yg dok di bawah khemah ini. Syukur alhamdulillah kerana cuaca pada siang nyer baik membawa sampai ke malam.. kalau tidak, alamak!! habis lecak la padang tu.
acara menjamu selera..diselang-selikan dgn penyampaian hadiah kepada peserta yg mengambil bahagian dlm acara telematch dan juga nyanyian yg terbuka kepada sesiapa saje yg merasakan suara nyer lunak utk didengar.
finalist perempuan bagi kategori pakaian tercantik.. cuba teka siapakah juara nyer??? |
dan ini pula finalist lelaki |