Isnin, 8 Mac 2010
Ahad, 28 Februari 2010
Khamis, 18 Februari 2010
CNY d'Kelantan
Cuti Tahun Baru Cina kali ini, aku dan wife dah bersetuju utk balik ke kampung ku. Peracangan dah dibuat 2minggu sebelum cuti dan utk kali ini kami bercadang utk menggunakan perkhidmatan awam shj iaitu keretapi – lagipun free. cadangnya nak balik hari jumaat aje tp semua tempat dah fully book so terpaksalah balik hari khamis. Lepas aje kerja hari Khamis tu, aku terus ke tempat kerja wifeku utk park kereta kat situ. Bekejarlah jugak maklumlah tren kul 8.20pm. 6.00pm aku sampai kat ofis wife, dapat panggilan dari wife kata mereka dah siap dah tunggu aku aje, so aku suruh mereka gerak dulu naik lrt dan jumpa kat KL Sentral. Fuhh, semput jugak berlari dlm nak mengejar masa. 6.20pm aku sampai rumah, mandi-2 dan trus siap. Jam 7.30pm aku sampai kat Kl Sentral dan sementara menunggu sempat jugaklah aku menjengah kedai buku yg ada kat situ. Sambil dok menunggu tu, terdengar pengumuman mengatakan bahawa koc yg aku akan naik rosak dan digantikan dgn koc tempat duduk. Nie yg leceh nie, mana boleh tahan kalau duduk aje sepanjang perjalanan walaupun Kelas 1, kalau dekat-2 tu boleh la , nie 14jam woo nak sampai ke Kelantan. Makan malam tu, wifeku sediakan spageti, katanya senang sikit. Berselera sungguh kami 5 beranak makan, terutama aku, sbbnyer tengahari tu aku tak makan. Hehehe. Perjalanan terasa amatlah panjang ditambah dengan kedinginan “aircond”, sampai menyucuk tulang, ha: apa lagi kain pelikat jadi sasaran utk memanaskan badan. Tren sampai di Wakaf Bharu jam 10.00am, hari Jumaat. Orang tuaku dah siap menunggu dengan adikku dan suaminya. Perjalanan dari stesen ke rumah taklama hanya setengah jam aje. Xtvt xde hari nie sbb lepas solat jumaat aje, aku bercadang nak berehat nak lepaskan penat dan hilangkan pening (mabuk keretapi)..hehehehe. dasyat jugak penangan naik keretapi nie.
Koc Kelas 1
Lihatlah, happy sungguh anak bujangku
13.2.10 (Sabtu)
Pagi nie aku, ayahku dan anak bujangku, kami ke Pasar Siti Khadijah beli keperluan utk wat kenduri arwah. Dari rumah ke pasar hanya mengambil masa 15 minit aje .senarai barang yg nak dibeli dah ada jadi senang la sikit. Selesai aje membeli barang2 keperluan, kami terus balik kerana kendurinya nak buat malam nie lepas solat isyak. Tugas memasak diserahkan 100% kepada wifeku, lagipun bukannya ramai pun cuma jemaah surau aje.

Menunya adalah Kari Daging, ayam goreng, ikan kering, sambal belacan ngan acar dan buah tembikai. kat kelantan nie org panggil tembikai tu timun dan mereka sulami sambil makan nasi, Cuma kalau kat luar org buat sebagai pencuci mulut.
14.2.10 (Ahad)
Pagi sampai le tengahari, aku duduk kat umah aje, malas nak g jalan2 sbb cuaca panas skali, tapi lepas solat zohor wifeku ajak g Pantai Timur, katanya nak cari barang sikit utk buat bekal bila nak balik nanti (esok). Aku ajak org tua ku skali tapi emakku xnak’ kata nya malas nak jalan’ jadi ayahku aje yang ikut. Anak-2 xikut sbb adikku dan suaminya dan angkut mereka dulu g jalan-2 pekan Kota Bharu. Aku bawak g Pantai Timur kat Pengkalan Chepa aje sbb dekat ngan rumah, lagipun malas nak masuk pekan nak2 time cuti nie, maklumlah jalan selalu jem.

15.2.10 (isnin)
Tren dijangka bertolak dari Wakaf Bharu dalam kul 6.20pm. Masih panjang lagi masa. Masih sempat lagi nie kalau nak beli buah tangan. Akupun pelawa emak dan adik utk keluar cari keropok. Aku beli sikit aje sbb kalau bawak kereta aku tak kisah, sumbat ajelah tapi bila naik keretapi nie, sendiri mau ingatlah. Wife aku nak beli conferter pun aku xbagi (sorry Sayang), kalau bawak kereta, bukan setakat 1, 3pun abg xkisah, belilah.



Koc Kelas 1 (Kabin)


Pagi nie aku, ayahku dan anak bujangku, kami ke Pasar Siti Khadijah beli keperluan utk wat kenduri arwah. Dari rumah ke pasar hanya mengambil masa 15 minit aje .senarai barang yg nak dibeli dah ada jadi senang la sikit. Selesai aje membeli barang2 keperluan, kami terus balik kerana kendurinya nak buat malam nie lepas solat isyak. Tugas memasak diserahkan 100% kepada wifeku, lagipun bukannya ramai pun cuma jemaah surau aje.
Pagi sampai le tengahari, aku duduk kat umah aje, malas nak g jalan2 sbb cuaca panas skali, tapi lepas solat zohor wifeku ajak g Pantai Timur, katanya nak cari barang sikit utk buat bekal bila nak balik nanti (esok). Aku ajak org tua ku skali tapi emakku xnak’ kata nya malas nak jalan’ jadi ayahku aje yang ikut. Anak-2 xikut sbb adikku dan suaminya dan angkut mereka dulu g jalan-2 pekan Kota Bharu. Aku bawak g Pantai Timur kat Pengkalan Chepa aje sbb dekat ngan rumah, lagipun malas nak masuk pekan nak2 time cuti nie, maklumlah jalan selalu jem.
Tren dijangka bertolak dari Wakaf Bharu dalam kul 6.20pm. Masih panjang lagi masa. Masih sempat lagi nie kalau nak beli buah tangan. Akupun pelawa emak dan adik utk keluar cari keropok. Aku beli sikit aje sbb kalau bawak kereta aku tak kisah, sumbat ajelah tapi bila naik keretapi nie, sendiri mau ingatlah. Wife aku nak beli conferter pun aku xbagi (sorry Sayang), kalau bawak kereta, bukan setakat 1, 3pun abg xkisah, belilah.
Rabu, 17 Februari 2010
Isnin, 1 Februari 2010
Pusing Kampung - 31.01.10
Selesai sahaja solat subuh, aku dah ready utk kayuh. Persiapan ala kadar aje, aku cuma bawa tiub spare takut kalau2 bocor. Tanpa sarapan pagi dan juga bekalan minuman, aku memulakan perjalanan seawal 6.50pagi menuju destinasi yg telah dirancang sejak semalam. Laluan lancar, maklumlah pagi lagi, hari minggu pulak tu. Suasana sungguh berbeza dgn bandar, bayu pagi menyucuk hingga ketulang. Dipersimpangan lampu isyarat, aku belok ke kanan memasuki Lebuh AMJ dan belok kanan lagi menuju ke Pekan Alor Gajah. Singgah sebentar di 7-11, utk beli top-up dan air. Selesai tambah top-up, aku call wife ku, inform semuanya ok dan akan meneruskan perjalanan. ke Masjid Tanah. Kayuhan dari pekan Alor Gajah masih lagi lancar tapi kereta sudah mula bertali arus. Aku meneruskan kayuhan ku dengan kelajuan 20-25kmj. Selepas melewati Uitm Lendu, aku tidak bercadang utk meneruskan perjalanan ke Masjid Tanah tapi sebaliknya mengambil simpang kanan ke Lendu melalui jalan kampung. Jalan nie sunyi sikit, jadi aku terpaksa melajukan kayuhan ku terutama bila tiba di selekoh yg terdapat kuil dan pepohon yang merendang dikiri kanan jalan. Meremang jugaklah bulu romaku, tapi aku teruskan jugak kayuhan ku dan aku tengok spedometer aku dah cecah 30kmj. Ha, moral of the story, jgn kayuh sorang2 terutama kalau melalui jalan yang sunyi. Sedikit pendakian utk sampai ke Kolej Risda tapi kembali menurun hingga sampai ke rumahku, xpayah kayuh langsung, stanby break aje, zoom terus masuk rumah. Sampai dirumah, sarapan pagi “nasi lemak” sudah sedia menanti, siap bungkus ngan daun pisang lagi.. pergh.. sedappppp. Jarak kayuhan 20km aje...
View Larger Map
Jumaat, 29 Januari 2010
Kota Metropolitan - 24.01.10
Lama rasanye aku x kayuh. Biasa le, mcm-2 perkara yg perlu diutamakan dan bagi aku hanya hari minggu aje yg free. Sebelum berkayuh, mesti check basikal dulu dan yang paling penting mesti bawak tiub spare. Selalunya sehari sebelum kayuh, aku dah get ready dah, tapi memandangkan dah lama tak berkayuh, rasanya baik kayuh dekat-2 aje. Basikal MTB menjadi pilihan dan destinasi-nya adalah Menara Kuala Lumpur. Pukul 7 pagi, aku keluar rumah tanpa sarapan pagi, bukan apa, malas nak b’fast sbb nak kayuh utk suka2 aje utk panaskan badan. Dari jalan Bangsar, aku melalui Muzium dan terus ke Dataran Merdeka. Jalan clear aje sbb hari minggu la katakan. Jalan kat Dataran tutup kerana ada kerja2 membaik-pulih Bangunan Sultan Abdul Samad. Ha, nie yg untungnya bila berbasikal, tiada masalah langsung. Dari Dataran, aku belok kanan melalui jalan Tun Perak dan melepasi Stesen LRT Masjid Jamek. Banyaknye manusia, mana gamaknye mereka nak pegi pagi2 minggu nie?. Perjalanan diteruskan ke Jalan Raja Chulan langsung terus ke Menara KL. Pendakian pun bermula sbb jalan ke menara agak menaik sedikit. Sampai dipuncak, aku rehat sebentar, ambik gambar ala kadar dan terus gerak balik melalui jalan yg aku lalui tadi utk ke Dataran. Berhenti kejap kat dataran, sambil nengok orang sedang bekerja, datang satu rodiee dengan Willier. Apalagi sesi bertegur sapa pun bermula. Bakri namanye, dari Segambut. Crita punya crita, borak punya borak tak sedar jam dah pukul 9 lebih. B’fast tak lagi nie. Aku pelawa Bakri utk b’fast tp dia xnak, katanya dah lambat nie. Tangan dihulur salam perpisahan. Dari dataran kami gerak sama2 melalui jalan ke Parlimen, Bakri terus ke jalan Duta dan aku pula masuk Lebuh Mahameru utk ke Bangsar. Laluan siar kaki dijadikan laluan utk melawan arus sambil melayani bongol2 dan merasai kelembutan penyerap hentak bekerja.
View Larger Map
View Larger Map
Isnin, 28 Disember 2009
3H2M - Fraser 201209
Cuti2 Malaysia kali ini, kami sekeluarga dan sedara-mara sebelah isteriku ikut sekali ke Fraser. Aku gerak dari Melaka sbb anak2 ku berada di kg isteriku sempena cuti sekolah. Lepas solat subuh, aku siap-siap packed barang dalam kereta. Penuh la jugak, 3rd row seat tu aku lipat utk letak barang2, maklumlah 3hari beb. Kul 8.00am aku dah mula gerak sbb aku target sampai kat Gap ngam-ngam waktu naik ke Fraser. Jalan naik ke sini dari Gap laluan sehala aje sbb jln sempit, jadi waktu ganjil utk naik manakala turun pula genap tapi lepas kul 8.00pm rasa nyer jalan dibuka utk laluan 2 hala, haa ni kena pandai, cekap memerhati takut kalau-kalau ada kereta dari arah hadapan. Dari tol Alor Gajah, aku melalui Plus Highway terus ke Sg.Besi kemudian melalui jalan Istana terus ke Jalan Duta dan masuk balik Plus Highway utk ke Utara. Dalam perjalanan, Along beritahu yang dia akan tunggu kita orang kat Kuala Kubu. Oleh kerana nak mengelakkan kesesakan, aku exit kat Bukit Beruntung sbb jalan nie tak banyak sangat kereta. Dari Bkt. Beruntung, aku terus ke Kuala Kubu dan alhamdulillah jalan lancar. Sampai aje kat Kuala Kubu, Along dan Kak Long dah sedia menunggu ketibaanku , apalagi aku terus bunyikan hon sambil tunjukkan isyarat teruskan perjalanan. Aku tak nak berhenti sbb nak kejar masa. Perjalanan ke Gap selepas “Dam” jalan dah mula bengkang bengkok. Aku terpaksa berhenti 2 kali sbb anakku muntah tapi alhamdulillah sampai jugak kami kat Gap 11.30am, jadi apalagi terus naik le. Dalam perjalanan naik terserempak le dgn budak-2 pengakap, ramai woo, kalau di sumbat dalam bas rasanya penuh 2 buah bas sedang berjalan kaki mendaki utk naik ke atas. Kesian jugak, maklumlah masa kami naik, hujan turun tak henti-henti. Di pertengahan jalan 2 orang pengayuh
tegar menaiki MTB berkayuh dlm hujan mengerah keringat pun sama-sama utk ke Fraser (tabik spring bro). Akupun pada mulanya bercadang utk berkayuh dari Gap sampai ke atas tapi memandangkan barang yg aku bawak banyak sangat termasuk barang-2 utk memasak jadi terpaksalah aku tinggalkan basikalku.
depan skali tu along, Myvi tu Ude dan yg bawak satria tu AinGlen Bungalow (nie lah tempat kami menginap)
sabar weiii, tak masak lagi tu...
Hari ke-3, pagi lagi, aku dah bersiap utk berjogging. Kali ni aku sorang aje, yang lain, entah. Tak nampak batang hidungpun. Lagi best sorang sbb boleh maintain speed, maklumlah semalam dah byak sangat makan. Cuaca memang best, berkabus dan sejuk, aku rasa sbb nielah ramai yang lebih suka tarik selimut tidur. Kenapa? Sbb, masa aku jogging, aku hanya jumpa ngan 2 orang aje yang sama-sama jogging.
Langgan:
Catatan (Atom)


